Ahad, 17 November 2013

Graffiti Wall - Azlan Punya Hasil Tangkapan

Ini cerita lama...

:: Wacom + Firefox + Facebook Graffiti Wall ::

Yang ni boleh replay cemana hampehnya aku menconteng...

lokesan ni bukanlah fresh from oven... aku buat bulan seblas tahun 2009. :p cuma, aku rasa aku belum lagi post kat sini. hahaha...

Selasa, 13 November 2012

Software Percuma Memang Best

Ini sketch yang gua lukis beberapa hari lepas menggunakan Autodesk Sketchbook Mobile Express. Baru jumpa apps ni untuk Android gua. Jadi, gua pun layan conteng-conteng sampai melecet jari telunjuk menenyeh skrin Nexus gua yang kecik ni. Brader yang gua lukis ni namanya Richard Stallman atau juga dikenali sebagai RMS.Beliau adalah pejuang ideologi perisian percuma dan bergiat aktif dengan perjuangannya bersama Free Software Foundation. Gua pulak, memang suka layan benda2 free yang best. Kekadang, ia bertambah best sebab free. Hehehe

Seorang Wizard Linux

Lakaran beberapa hari yang lepas. Nama beliau ialah Linus Torvalds. Beliau bertanggungjawab mencipta Linux yang kita gunakan pada hari ini.

Sabtu, 9 April 2011

Maher Zain

Lakaran Maher Zain ni aku dah post dah kat blog aku Art Of ApOgEE tu. Tapi aku saje je post lagi sekali kat sini. Versi yang belum crop. Live dari buku lakaran aku. Heheh

Rabu, 6 April 2011

Sebuah Lakaran Monster Biru

Ketika itu, aku tak bawa pulak buku lukisan mahupun buku lakaran aku seperti biasa. Kat depan aku hanya ada kertas flyers dalam bahasa Iran yang aku pun tak paham. Aku capai pen dan lukis benda yang aku nampak kat internet. Ada seekor monster yang tak berapa comel pun, tapi menarik perhatian aku sebab ianya agak simple, namun jelas sebagai seekor monster yang tak berapa nak garang. Gadis-gadis mesti suka peluk monster ni kalau dibuat patung macam bantal.


Setelah agak bosan melihat lakaran hitam putih tu, aku pun ejas kat dalam GIMP dan tambah kaler sesedap rasa. Cukup untuk menghilangkan bosan hari ini. Dah boleh pergi tidur dengan aman.

Isnin, 7 Mac 2011

Membuka buku baru

Untuk kesekian kalinya, aku buka blog baru. Kalau sebelum ni aku buat blog Art Of ApOgEE dalam bahasa inggeris untuk menayang artwork yang dah siap. Kali ini aku dapat ilham baru yang lebih seronok, aku rasa.

Ia bermula dengan koleksi buku lakaran aku yang bersepah dan terbiar selama ini. Rasa kesian pula pada buku-buku lakaran tu. Duduk dalam kotak, dan tak kurang juga yang dah reput dimakan lipas. Takde siapa pun nak tengok dia. Sekali sekala, bila aku tengok balik lakaran sendiri yang entah apa-apa motifnya tu pun, layan juga.


Jadi, sebagai menghargai hasil seni aku sendiri. Aku buatlah blog buku lakaran online ni. Setidak-tidaknya supaya aku dapat belek sendiri. Dan kawan-kawan juga dapat belek-belek untuk santapan mata dikala bosan. Kalau engkorang semua suka, aku pun suka juga. Dan kalau engkorang berani, komen saja la kat blog ni supaya aku tahu pendapat dan pandangan kawan-kawan.