Halaman

Isnin, 7 Mac 2011

Membuka buku baru

Untuk kesekian kalinya, aku buka blog baru. Kalau sebelum ni aku buat blog Art Of ApOgEE dalam bahasa inggeris untuk menayang artwork yang dah siap. Kali ini aku dapat ilham baru yang lebih seronok, aku rasa.

Ia bermula dengan koleksi buku lakaran aku yang bersepah dan terbiar selama ini. Rasa kesian pula pada buku-buku lakaran tu. Duduk dalam kotak, dan tak kurang juga yang dah reput dimakan lipas. Takde siapa pun nak tengok dia. Sekali sekala, bila aku tengok balik lakaran sendiri yang entah apa-apa motifnya tu pun, layan juga.


Jadi, sebagai menghargai hasil seni aku sendiri. Aku buatlah blog buku lakaran online ni. Setidak-tidaknya supaya aku dapat belek sendiri. Dan kawan-kawan juga dapat belek-belek untuk santapan mata dikala bosan. Kalau engkorang semua suka, aku pun suka juga. Dan kalau engkorang berani, komen saja la kat blog ni supaya aku tahu pendapat dan pandangan kawan-kawan.