Rabu, 6 April 2011

Sebuah Lakaran Monster Biru

Ketika itu, aku tak bawa pulak buku lukisan mahupun buku lakaran aku seperti biasa. Kat depan aku hanya ada kertas flyers dalam bahasa Iran yang aku pun tak paham. Aku capai pen dan lukis benda yang aku nampak kat internet. Ada seekor monster yang tak berapa comel pun, tapi menarik perhatian aku sebab ianya agak simple, namun jelas sebagai seekor monster yang tak berapa nak garang. Gadis-gadis mesti suka peluk monster ni kalau dibuat patung macam bantal.


Setelah agak bosan melihat lakaran hitam putih tu, aku pun ejas kat dalam GIMP dan tambah kaler sesedap rasa. Cukup untuk menghilangkan bosan hari ini. Dah boleh pergi tidur dengan aman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan