Selasa, 13 November 2012

Software Percuma Memang Best

Ini sketch yang gua lukis beberapa hari lepas menggunakan Autodesk Sketchbook Mobile Express. Baru jumpa apps ni untuk Android gua. Jadi, gua pun layan conteng-conteng sampai melecet jari telunjuk menenyeh skrin Nexus gua yang kecik ni. Brader yang gua lukis ni namanya Richard Stallman atau juga dikenali sebagai RMS.Beliau adalah pejuang ideologi perisian percuma dan bergiat aktif dengan perjuangannya bersama Free Software Foundation. Gua pulak, memang suka layan benda2 free yang best. Kekadang, ia bertambah best sebab free. Hehehe

Seorang Wizard Linux

Lakaran beberapa hari yang lepas. Nama beliau ialah Linus Torvalds. Beliau bertanggungjawab mencipta Linux yang kita gunakan pada hari ini.